Sunday, March 25, 2007

AYAM n ITIK




Assalamulaikum dan Salam Sejahtera....



Selamat tahun baru Hijjrah, semoga kita sentiasa meningkatkan diri ke tahap yang lebih baik dari sekarang, sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang dapat mengambil peluang dan kesempatan pada tahun-tahun yang lepas.
Cukup setahun saya menjadi cikgu, banyak pengalaman pahit dan manis yang pastinya saya tidak akan lupakan. Panggilan keramat "cikgu" seolah sudah sebati apabila melangkah kaki masuk ke gerbang sekolah.Sebelum ini terasa kekok jugak apabila anak murid memanggil dengan panggilan itu, namun keadaan telah berubah.....
Tahun ini agaknya lebih mencabar dari tahun lepas, cuba bayangkan kalau kita dapat kelas yang hampir 3/4 tidak pandai membaca....separuh dari kelas itu bukan melayu yang tidak pandai bercakap dalam bahasa Melayu dan English....hahahahhhahaha bahasa pengantara apakah yang ingin dipakai apabila ingin mengajar matapelajaran Matematik dan Sains kerana cikgunya hanya dapat menerangkan dalam bahasa Melayu dan English.....
Patutlah hari pertama apabila saya bercakap memberikan pengajaran dalam kelas, murid-murid bukan melayu terkebil-kebil........muka confius...

rupanya "Ayam sedang bercakap dengan Itik"

1 comments:

12UW4N said...

hehehe.. lucu jugak yer..
so Apiz, ko yg mana satu?
ayam ke itik?