Friday, January 18, 2008

TAHUN 2008

Pada tahun ini sesi persekolahan kembali bermula.Seperti tahun-tahun sudah, sebagai guru kelas, saya akan meneruskan kerja-kerja rutin2 seperti melibatkan pungutan yuran sekolah dan persedian mengajar matapelajaran untuk murid-murid baru.

Perkara menarik tahun ini adalah tentang yuran sekolah...yuran sekolah tahun 2007 adalah rm21.50, setelah kerajaan mengumumkan bajet 2007 memansuhkan yuran rm4 dalam rm21.50,saya beranggapan yuran tahun 2008 adalah rm21.50-rm4 = 17.50,namun apa yang ajaib adalah rm21.50-rm4 = rm30.50!!!!!! (yuran pakej B= rm30.50,yuran pakej c akan jadi rm21.50-rm4 = 27.50,masih lagi ajaib!!), kenapa jadi macam ini tanyala sendiri cikgu-cikgu di kawasan anda!! Saya tak ada kaitan hidup dan mati..huhuhhuhu :-)

Alhamdulilah tahun ini saya diberikan peluang untuk mengajar sesi pagi.Sejak posting hingga genap 2 tahun, saya terpaksa mengajar sesi petang.Satu pengalaman yang memeritkan dan menyeksakan,terasa masa begitu singkat,sesuatu diluar dalam perancangan saya semasa memilih menjadi guru! Saya tidak pernah terfikir yang saya akan mengajar pada waktu petang.Semua perancangan hidup saya adalah dengan mengambil kira pagi adalah berada di sekolah,kesihatan saya juga terjejas(cenderung tidur lepas subuh kerana stay up sampai lewat malam melakukan perkara-perkara penting),kecergasan dalam bersukan yang dibina sekian lama hilang begitu saje(bila ajar petang, saya tidak ada peluang bersukan pada waktu petang, tidak biasa bersukan pada waktu pagi)...Senang cerita saya memang BENCI bekerja pada waktu petang!(Saya telah mencuba...tetapi terpaksa mengakui diri saya memang tidak sesuai bekerja pada waktu petang).Tetapi yang lebih malang adalah anak-anak kita yang bersekolah sesi petang...bila pukul 5 ke atas sahaja sudah jelas keletihan dan kepenatan..masa saya zaman kanak2 dahulu, inilah masa yang terbaik untuk beriadah dan bermain bersama kawan2.Mereka lebih bernasib malang daripada saya, kalau hendak dibandingkan kesusahan saya, mereka lagi kesian kerana tidak sedar mereka sedang dalam kesusahan untuk belajar.(mungkin intitusi pengajian tinggi boleh mengadakan kajian terperinci pencapaian sekolah dua sesi berbanding satu sesi, bagi mencari kebenaran pandangan saya yang belum berasakan fakta,data dan stastistik). Kalaula saya sebagai menteri pelajaran atau Perdana Menteri suatu hari nanti sudah pasti saya hanya akan mengadakan sekolah hanya satu SESI --- undila saya parti CAP PAYUNG!!!

Pada tahun ini saya telah diamanahkan mengajar matematik tahun 5( 3 kelas) dan Kemahiran hidup (4 kelas).Bagi saya jadual tahun ini adalah cukup baik...saya dapat mengembangkan kemahiran dalam pengajaran matematik kerana dapat mengajar dari kelas yang tere hingga ke kelas yang sederhana.Tahun ini tidak ada alasan untuk saya untuk membuat keje seperti tahun lepas lagi yang langsung tidak produktif,tahun ini saya tiada pilihan untuk memberikan alasan lagi kerana mengajar petang...MY CHOICE only ONE...DO MY BEST BEST!!

Tahun lepas saya terpaksa mengajar matapelajaran matematik,bahasa melayu dan moral untuk kelas yang sama, 3 Jasmine.. dan Pendidikan Jasmani 2 Orchid. Bagi saya pemberian jadual waktu di mana saya perlu mengajar matapelajaran bukan kepakaran dan minat saya(saya guru matematik) adalah merugikan guru dan murid.Guru rugi kerana hilang peluang untuk meningkatkan skill kemahiran mengajar dalam Optionnya dan murid pula rugi kerana mendapat guru yang kurang berpengetahuan dalam yang diajarnya.Apa pun murid lagi rugi berbanding guru,guru tiap-tiap bulan tetap dapat gaji, tetapi murid tidak dapat ilmu sewajarnya dan mungkin gagal menyerlah dalam peperiksaan( ada ke patut...saya guru matematik..kene ajar moral,bahasa melayu,pjk....terpaksa la buat sedaya yang saya mampu).Apa pun,pilihan matapelajaran apa yang patut diajar adalah bukan hak saya...tetapi adalah ditentukan oleh pihak pentadbir,mungkin pihak pentadbir lebih tahu baik dan buruk sesuatu keputusannya..saya hanyala guru bawahan yang MENURUT PERINTAH!!!

Namun ada setengah pihak ada mengatakan seorang guru sekolah rendah mesti mempunyai kebolehan dalam semua matapelajaran walaupun bukan Optionnya, tetapi bagi saya pada zaman sekarang, silabus dalam matapelajaran sekarang lebih kompleks berbanding dulu dan menuntut seorang guru betul2 pakar dalam hanya beberapa matapelajaran supaya dapat memberikan yang terbaik kepada muridnya!! Satu lagi adalah, kalaula kene tahu semuanya,maka tidak perlulah diwujudkan option matematik,sains,Bi,pra sekolah..dll semasa seseorang guru itu sedang belajar di maktab atau universiti!!!

Semasa mengisi borang meminta menjadi guru pada tahun 2004,saya berazam untuk menjadi guru pakar matematik.Tahun ini saya berharap usaha saya untuk menjadi guru pakar matematik tidak akan terbantut lagi....Pilihan yang saya ada hanya satu,membuat yang terbaik kepada diri saya dan murid-murid yang saya sayangi!!!

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA DIRI SENDIRI!!!

2 comments:

Anonymous said...

saya terbaca blog cikgu.saya juga seorang cikgu,seronok juga tengok gambar cikgu, murid-murid dan stapler.cuma bezanya murid-murid saya pelajar sek men. tapi murid tetap murid. saya mengajar matematik tingkatan 4 dan 5. saya pun sebenarnya ada berangan nak memohon guru pakar dan asyik tertangguh. harap cikgu jangan tangguhkan niat cikgu, pastikan tahun ni cikgu memohon guru pakar. all the best to you.

Anonymous said...

Salam,

It's me.One of your classmate kat Sheikh Malek.
Menarik gak blog.Ini dikira passionate giler jadi cikgu Math.Sayanglah ilmu Sains u tu.
Apapun all the best.
Jgn lupa tunaikan hasrat u untuk reunion kelas kita, 5 Tarmizi, 1996.